salam 1 malaysia semua,
kali ini saya ingin berkongsikan sedikit info yang berguna kepada semua peminat grafik ataupun pereka grafik. tidak kira sama ada anda baru hendak belajar tentang grafik atau pun anda telah mahir dengan ilmu grafik ini. tips ini juga di gunakan oleh semua pereka grafik dalam dunia ni, antaranya:
1.buat seberapa banyak design yang boleh. contohnya jika korang baru blaja buat teknik bayangan pada gambar, buat lagi cara yang sama tetapi dengan posisi bayang yang berlainan. kemudian bandingkan kesemua hasil kerja anda itu dan buat analisis teknik mana yang betol2 menarik dan sesuai.
2.Rujuk buku-buku yang berkaitan dengan grafik tidak kira dari mana pun sumbernya. Korng boleh cari banyak buku2 ni kat kedai kedai buku macam MPH, Popular dan lain-lain lagi. tapi aku selalunya tgk dlm internet utk rujukan (sbb free je) hehe.
3.Tengok hasil kerja design pereka grafik yang lain. tujuannya bukan untuk meniru atau nak ciplak, tetapi dengan menlihat hasil kerja yang di buat oleh pereka lain nanti korang mungkin akan dapat idea unutk mendesign malah mungkin juga dapat menghasilkan grafik yang lebih baik dari pereka tersebut.
4.Sentiasa belajar membuat teknik2 yang baru. korang boleh cuba tutorial yang ada di internet
5.Tonton dan cuba. korang juga boleh cari video tutorial yang telah di kongsi kan oleh pereka2 grafik ni di
YouTube dot com. tapi kebanyakannya ia dalam bahasa inggeris.
6.Download bahan-bahan grafik untuk software photoshop anda seperti brush,
pattern, gradient, Shapes dan apa saje yang berkaitan di laman2 yng menyediakannya.. contoh nya ada terdapat di
RajaGrafikMalaya7.Minta pendapat dari rakan2. selepas siap menghasilkan sesuatu grafik baru, jangan malu2 tunjukkan pada rakan yang seangkatan dengan minat anda itu. mungkin kadang kala kita rasa design kita dah cukup cantik dan lawa, tapi sebenarnya masih lagi ada kelemahan.
itu lah antara tip-tips yang korang boleh gunakan untuk menghasilkan design grafik anda. Renung2kan dan selamat beramal..kekekekeke